Tuesday 3 December 2013

Program anak angkat @ Kedah

Yeayyyy.. so dah habis dah program siswa 1 Malaysia @ Kampung atau lebih senang program anak angkat maka x de la kacau dah sabtu sy..mggu ni nak balik perak..huhuuuu.. hari tu bertolak ke kedah pukul 11 malam khamis n sampai 8.30 pg jumaat. Rasa mcm nak lekang bontot dduk lama sgt dalam bas.sampai2 je terus buat pembahagian anak angkat. Bilangan anak angkat ni diambil mengikut kemampuan. Ada yg sampai amik 4 org.tp my mak n ayah angkat amik 2 org je.nasib la partner sy lg sorng ni jenis ringan mulut.harap sy??haha..

So lepas dah settle pembahagian anak angkat terus la balik rumah. Btw ini la rumah keluarga angkat sy.


Kire okay la kan bukan 100% kayu. Sampai2 je mak terus bwak naik atas.bilik kat atas rupanye.kira kne tido bilik kayu jugak la cite dia sbb rumah ni tingkat atas kayu.so masa nak naik tangga nak ke bilik ni sy mcm ternganga tgok tangga dia.


bayangkan dengan bag besar2 tu kena panjat tangga curam gila ni.rasa nak terbalik kot blkng.n bayangkan bgun2 subuh tu dalam keadaan urat pon dok kejung lagi kena turun tangga ni..setelah berhempas pulas nak naik tangga ni so sampai la bilik.bukak je pntu bilik sy agak lega sbb x perlu tido atas lantai..ada katil.good!!


lepas dah dduk2 kejap terus nak g mandi sbb lepas tu dah ada aktiviti. sebelum nak sampai toilet kena redah dapur dulu.

then baru la sampai toilet. So ni la rupa toilet rumah ni.dia kat luar tp blh masuk dr dalam.





boleh nampak x berapa banyak lubang.bukan besar semut..nak mandi pon cuak je.rasa mcm org boleh nampak.n the jamban?well jamban sy x amik gmbr sbb sy x berani masuk.sy tahan membuang utk 3 hari tu sbb sy takut.ye lah.kawasan sawah.so takut ada binatng mula huruf u yg panjng2 tu kan.ha mmg seriau la..takut muncul dr luabng tu.so sanggup ni tahan 3 hari.makan pon berpada2.haha..melampau kan dia pnye tahap takut.air sejuk bak air ais.kalau lepas buat aktivit mandi puas la sebab sejuk.kalau pagi2? Mandi yg patut nya 5 minit jd setengah jam dengan harapan nak tggu air tu panas.u wish! Mmg x la..so renjis2 la sikit air kat badan.

Sy whatsapp la kat farahin cite pasal rumah ni.sekali dia n ikin hantar gmbar rmah family angkat diorng..taraaaaa!!





Damn u!!! Saja bakar line. Hahaha..Tp dia pandai sedapkan hati sy balik.dia cakap anggap sebagai ujian.ala2 my very own fear factor pnye rancangan. haha. bab makan x de masalah sgt. dh laparkan.so bedal je lahh.penat2 org kampung gotong royong masak kan..btw sy sgt suka suasana org2 kampung gotong royong ni. diorng gotong royong masak tepi sawah!! Best!! Padang rengas pon kampung jugak tp x dpt mcm ni.


Antara aktivit yg ktorng anjurkan kat sini ada ceramah akpk n kpdnkk, LDK, sukan rakyat, n ceramah agama. Org2 kampung kat sini bagus sgt sebab semua aktivit yg ktorng buat semua penuh je. Kire Berjaya jugak la program ktorng ni.

ni la mak n ayah angkat sy

Well…masa mula2 tu ada org cakap kat sy eh nanti mst sedih nak balik.sedih nak tinggal mak n ayah angkat. I was like emmmm..really?? mcm x de ape je yg patut sedih. Patutnye happy lah nak balik.nak duduk lama2 kat sini buat apa.bukan ada shopping mall ke wayang ke apa.nak g isi minyak pon jauh mcm apa lg. masa nak balik tu mak angkt sy peluk smpai menitik air mata.sy mcm pelik. Ntah apa yg dia sedih sgt pon x tau la.bukannye sy ada bg sumbangan apa pon kat hidup dia. tp bila pikir balik sebenarnye diorng sunyi. Anak2 jauh. Bila ada tetamu tu yg happy sgt. Ble dh pkir mcm tu baru la trase sebak.kita x tau hari tua kita nanti mcm mana kan..


So selepas 3 hari kat sana I have nothing much to say but to be thankful for what mak n ayah bg kat sy and kakak n nyah. Apa yg mak n ayah bg dah lebih dari cukup. Dah mewah sgt dah. Bilik, toilet, dapur semua nya cantik n selesa sangat. Well I guess lepas ni kena slalu kot g tempat2 mcm ni nak bagi sedar sikit kan. X pon download lah cite Bersamamu tu dari season 1.haha..that’s all..tq org Kampung Bukit, Mukim Hosba, Jitra, Kedah!!